Semalam, kami pelajar SR221 part 3 berjaya menamatkan kem kepimpinan yg diberi nama "Leadership Trailblazer Camp 2008" selama 3 hari bermula 17 hingga 19 Oktober 2008 bertempat di Taman Negara Pahang. Satu kepuasan yg tidak terhingga apabila kami menyertai kem pada kali ini.. Sungguh berbeza dari yg sebelumnya..Segalanya di atur oleh kami tanpa melibatkan bantuan mana-mana pihak termasuk pensyarah untuk subjek Leadership In Leisure Studies, Prof Madya Mustafa Yen. Segala jatuh bangun kem ini bergantung 100% pada diri kami.
Hari pertama, Jumaat jam 8.30 pagi, aku dan kawan-kawan bertolak dari UiTM menuju ke destinasi. Perjalanan yg m’ambil masa lebih kurang 4 jam ini tidak berlalu dengan sia-sia, kerana sepanjang perjalanan rakan-rakan berkaraoke di dalam bas bagi mengurangkan kebosanan. Sungguh meriah suasana ketika itu. Mana-mana lagu yg dinyanyikan dan diketahui liriknya akan dinyanyikan secara bersama. Yezzzaa!!!
Tepat jam 2, kami tiba ke simpang 3 di Jerantut, Pahang. Bas dihentikan sementara di hadapan masjid Tengku Mahkota Abdullah untuk mengambil bekalan bahan basah yg akan dibawa ke kem. kami para pelajar lelaki tak kluar dari bas kerana masa tue org tgh pergi semayang jmaat..hehe..walaupun musafir, tapi rasa malu tetap ada..Sejam kemudian kami tiba di Kuala Tahan. Setelah barangan di’loading’ dlm bot, kami bertolak ke tapak perkemahan di Nusa Holiday Village. Kami tidak melengahkan masa sebaik tiba dengan terus memasang kemah pusat memandangkan langit kelihatan seperti hendak runtuh. Grup aku (grup 5) merupakan grup yg mengondak xtvt campcraft pada petang itu. Kami telah membuat sedikit briefing dan pembahagian tugasan kepada setiap grup.. memandangkan kemah pusat agak besar dan rumit, grup 5 & 3 (7 org) ditugaskan utk kemah pusat, grup 1 kemah dapur, grup 2 kemah peralatan, grup 4 membantu grup 1 & 2 mana-mana yg patut. Xtvt campcraft berjalan dgn baik dan amat memuaskan berbanding kem yg pernah dilalui sblum ini. Dari sini aku dapat satu kesimpulan, bekerja dengan rela tanpa sebarang tekanan yg keterlaluan akan memberikan hasil yg amat memuaskan. Hasilnya di kem pada kali ini, NAH!!! Para kemah yg dipasang oleh kami pada kali ini begitu cantik dan amat memuaskan hati. Tidak pernah terlintas di fikiran akan hasil yg kami peroleh ini di awal xtvt campcraft bermula. Campcraft kami berakhir tepat jam 7 malam.. Biro makanan juga sudah mula menyediakan juadah makan malam. Terima kasih yg tidak terhingga kepada biro makanan yg amat prihatin dengan keadaan kami yg keletihan dgn menyediakan makanan yg amat menyelerakan.
Xtvt kedua kami adalah Night Walk (NW). Jam 8.30 malam, grup yg incharge NW telah menjalankan tugas leadership mereka dgn pergi mendapatkan penerangan daripada guide yg akan membawa kami, Razak utk di briefing kpd kami. 8.45 malam, grup tersebut telah memberi briefing kpd para peserta berkenaan xtvt yg akan dijalankan. Sepanjang xtvt berjalan, pelbagai keunikan unsur alam yg dapat kami lihat antaranya labah-labah,semut api, ranting-ranting, katak dan pelbagai lagi yang mana tidak terdapat dan tidak sama di tempat-tempat lain. Setelah menamatkan xtvt pada jam 11.00 malam, para peserta berehat dan tidun setelah membersihkan diri manakala bagi grup yg perlu melakukan sentry, telah berbuat demikian tanpa disuruh. Xtvt sentry amat penting bagi memastikan keselamatan para peserta dalam kawalan dari sebarang perkara yg tidak diingini. Sentri ini dilakukan secara bergilir oleh setiap grup.
Hari kedua, Sabtu jam 8.30 pagi, setelah bersarapan, para peserta meneruskan xtvt ke 3 iaitu Canopy Experience. Kami begitu teruja kerana bagi kebanyakan dari kami, ini merupakan pengalaman pertama di atas canopy yg mencapai ketinggian 42 meter dari permukaan bumi. Sungguh mengujakan kerana dapat melihat pemandangan indah ciptaan Yang Maha Esa dari tempat yg tinggi ini. Dan bagi kebanyakan rakan-rakan yg menyertai xtvt pada kali ini perasan akan perubahan pada diri aku. Aku bermasam muka pada xtvt pada kali ini. Sebenarnya ada sebab tersendiri aku berbuat demikian. Namun, aku hanya akan membongkar sebab ini kelak pada sesi post mortem (kalau diadakan laa..). Pada jam 1.30 ptg, xtvt ke 4 kami adalah cave exploration.. ini merupakan pengalaman pertama aku masuk gua..sebelum ni aku masuk kolam je…hehe…best wooo….aku dapat tnuk kelawar secara live, ular atas kepala, dan yg paling tidak dapat aku lupakan adalah kewujudan ikan keli dan udang di alur air dalam gua tersebut. Sebelum ni, tak pernah aku terpikir akan hal tersebut..menarik sungguh ciptaan Yang Maha Esa..
Pada jam 4.00 ptg, xtvt ke 5 kami iaitu “rapid shooting” yg juga xtvt terakhir bersama Prof Mus kerana beliau terpaksa terpaksa bertolak pulang bersyarah keesokannya. Aku gak dapat rasakan ni adalah kemuncak kem kami pada kali ini. Kemeriahan sungguh dan amat-amat dirasakan apabila kami saling “berperang air” ketika menaiki bot.. Prof Mus juga tidak ketinggalan menjadi mangsa “peperangan” antara kami. Tetapi apa yg sedikit xbest, tiada gambar kenangan diambil ketika xtvt ini kerana msing-masing bimbang kamera akan basah jika dibawa bersama. Tapi xkisah la, semua tue akan kami abadikan didalam ingatan sebagai kenangan kami selamanya. Aku yg ‘bermasam muka’ pada sebelah pagi turut enjoy sakan main air berperang dgn kawan-kawan.. kepuasan yg tidak terhingga aku rasakan… Jam 9.00 malam, setelah selesai bersiap setelah pulang dari xtvt pada petang tadi, kami meneruskan usaha untuk menjayakan xtvt seterusnya yg juga acara kemuncak iaitu BBQ dan Malam Kebudayaan. Persiapan dilakukan dgn sebaeknya seperti menyediakan juadah utk makan malam dan memanggang ayam. Berkat gabungan pelbagai idea antara kami, tempat memanggang ayam berjaya kami siapkan walau hanya menggunakan zink lama. Walaupun tanpa kehadiran Prof Mus bersama, xtvt pada malam tersebut tetap meriah dgn xtvt management game yg kami selitkan. aku gelak sakan dengan telatah kawan-kawan yg menjayakan xtvt tersebut. Xtvt tersebut berakhir awal pagi setelah rakan-rakan tiada lagi idea utk diutarakan..mereka masuk tido, namun bagi yg perlu bersentri, mereka tetap berbuat demikian. Hari ke 3, Ahad jam 8.00 pagi, aku dan kawan-kawan mengemaskan segala peralatan dan khemah untuk dibawa pulang. Kami menaiki bot kembali ke Kuala Tahan pada jam 10.00 pagi, sejam awal dari waktu di dalam jadual. Hal ini kerjasama berkumpulan yg dipamerkan oleh setiap ahli kumpulan membolehkan segala nya dilakukan dengan cepat dan teratur. Jam 12.00 tgh hari, kami singgah di rumah kedua org tuaku di Kampung Sri Kool, Jerantut Pahang. Pada mulanya aku ingat kami nak brenti jap jak, tapi umiku dan akakku telah menyediakan juadah yang pelbagai rupanya..makanya, makan la dulu kami sebelum pulang ke Shah Alam. Aku gak rasa gembira kerana dapat kembali ke pangkuan keluarga walaupun sekejap cuma..aku dapat jumpa ngan adik-adik dan anak buah yg cumil-cumil seperti sorg kawanku 2..jam 1, kami bertolak ke Shah Alam. Semoga pengalaman kami kali ini dijadikan kenangan untuk diabadikan selamanya bersama kawan-kawan yg amat aku hargai, sanjungi, dan sayangi.. semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya. Semoga kita dapat merempuh segala badai yg melanda secara bersama walau mungkin akan ada hati yg terguris, namun itu hanya sekejap cuma..percayalah!!!