Hari pertama, Jumaat jam 8.30 pagi, aku
Xtvt kedua kami adalah Night Walk (NW). Jam 8.30 malam, grup yg incharge NW telah menjalankan tugas leadership mereka dgn pergi mendapatkan penerangan daripada guide yg akan membawa kami, Razak utk di briefing kpd kami. 8.45 malam, grup tersebut telah memberi briefing kpd para peserta berkenaan xtvt yg akan dijalankan. Sepanjang xtvt berjalan, pelbagai keunikan unsur alam yg dapat kami lihat antaranya labah-labah,semut api, ranting-ranting, katak dan pelbagai lagi yang mana tidak terdapat dan tidak sama di tempat-tempat lain. Setelah menamatkan xtvt pada jam 11.00 malam, para peserta berehat dan tidun setelah membersihkan diri manakala bagi grup yg perlu melakukan sentry, telah berbuat demikian tanpa disuruh. Xtvt sentry amat penting bagi memastikan keselamatan para peserta dalam kawalan dari sebarang perkara yg tidak diingini. Sentri ini dilakukan secara bergilir oleh setiap grup.
Hari kedua, Sabtu jam 8.30 pagi, setelah bersarapan, para peserta meneruskan xtvt ke 3 iaitu Canopy Experience. Kami begitu teruja kerana bagi kebanyakan dari kami, ini merupakan pengalaman pertama di atas canopy yg mencapai ketinggian 42 meter dari permukaan bumi. Sungguh mengujakan kerana dapat melihat pemandangan indah ciptaan Yang Maha Esa dari tempat yg tinggi ini. Dan bagi kebanyakan
Pada jam 4.00 ptg, xtvt ke 5 kami iaitu “rapid shooting” yg juga xtvt terakhir bersama Prof Mus kerana beliau terpaksa terpaksa bertolak pulang bersyarah keesokannya. Aku gak dapat rasakan ni adalah kemuncak kem kami pada kali ini. Kemeriahan sungguh dan amat-amat dirasakan apabila kami saling “berperang air” ketika menaiki bot.. Prof Mus juga tidak ketinggalan menjadi mangsa “peperangan” antara kami. Tetapi apa yg sedikit xbest, tiada gambar kenangan diambil ketika xtvt ini kerana msing-masing bimbang kamera akan basah jika dibawa bersama. Tapi xkisah la, semua tue akan kami abadikan didalam ingatan sebagai kenangan kami selamanya. Aku yg ‘bermasam muka’ pada sebelah pagi turut enjoy sakan main air berperang dgn kawan-kawan.. kepuasan yg tidak terhingga aku rasakan…
Jam 9.00 malam, setelah selesai bersiap setelah pulang dari xtvt pada petang tadi, kami meneruskan usaha untuk menjayakan xtvt seterusnya yg juga acara kemuncak iaitu BBQ dan Malam Kebudayaan. Persiapan dilakukan dgn sebaeknya seperti menyediakan juadah utk makan malam dan memanggang ayam. Berkat gabungan pelbagai idea antara kami, tempat memanggang ayam berjaya kami siapkan walau hanya menggunakan zink lama. Walaupun tanpa kehadiran Prof Mus bersama, xtvt pada malam tersebut tetap meriah dgn xtvt management game yg kami selitkan. aku gelak sakan dengan telatah kawan-kawan yg menjayakan xtvt tersebut. Xtvt tersebut berakhir awal pagi setelah rakan-rakan tiada lagi idea utk diutarakan..mereka masuk tido, namun bagi yg perlu bersentri, mereka tetap berbuat demikian.
Hari ke 3, Ahad jam 8.00 pagi, aku dan kawan-kawan mengemaskan segala peralatan dan khemah untuk dibawa pulang. Kami menaiki bot kembali ke Kuala Tahan pada jam 10.00 pagi, sejam awal dari waktu di dalam jadual. Hal ini kerjasama berkumpulan yg dipamerkan oleh setiap ahli kumpulan membolehkan segala nya dilakukan dengan cepat dan teratur. Jam 12.00 tgh hari, kami singgah di rumah kedua org tuaku di Kampung Sri Kool, Jerantut Pahang. Pada mulanya aku ingat kami nak brenti jap jak, tapi umiku dan akakku telah menyediakan juadah yang pelbagai rupanya..makanya, makan la dulu kami sebelum pulang ke Shah Alam. Aku gak rasa gembira kerana dapat kembali ke pangkuan keluarga walaupun sekejap cuma..aku dapat jumpa ngan adik-adik dan anak buah yg cumil-cumil seperti sorg kawanku 2..jam 1, kami bertolak ke Shah Alam.
Semoga pengalaman kami kali ini dijadikan kenangan untuk diabadikan selamanya bersama kawan-kawan yg amat aku hargai, sanjungi, dan sayangi.. semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya. Semoga kita dapat merempuh segala badai yg melanda secara bersama walau mungkin akan ada hati yg terguris, namun itu hanya sekejap cuma..percayalah!!!
YEZZZAAA!!!!
.jpg)
No comments:
Post a Comment