Saturday, 28 February 2009

Petanda Cinta

1. Anda pernah bercinta dan anda juga pernah 
kecewa ditinggalkan cinta. Lalu, hati dan perasaan 
jadi kering kontang. Hari bersilih ganti, teman 
ditinggal pergi, kerana anda takut untuk memberi 
hati kepada insan yang hanya akan 
mengecewakan hati anda saja nanti. Tapi entah 
bagaimana, tiba-tiba muncul satu perasaan yang 
cukup istimewa. Ibarat satu petunjuk, si dia yang 
menjadi teman setia selama ini, adalah 'cinta hati 
anda yang paling sempurna sekali!'

2. Sejak dirinya muncul di depan mata, tak pernah 
sekali pun hati anda terdetik untuk kembali ke 
pangkuan teman-kekasih yang terdahulu. Malah, 
anda cukup rasa bersyukur diri anda tidak lagi 
bersama si dia yang tidak pernah menghargai 
pengorbanan cinta anda.

3. Oh-oh...anda sudah tidak boleh berhenti berfikir 
tentang si teman baru. Wajahnya sering saja 
muncul di depan mata, tanpa diundang. Mungkin 
dia juga sedang memikirkan tentang diri 
anda...siapa tahu? Hmm...apalah yang sedang dia 
buat di sana tu? Nasib baik ego anda masih tebal. 
Jika tak fikir panjang, hari ini tentu anda dah 
berpuluh-puluh kali menelefonnya!

4. Apakah perasaan istimewa yang menggetar jiwa 
raga setiap kali anda terfikir tentang diri teman 
anda itu? Adakah teman setia anda itu menjadi 
nama orang istimewa yang paling akhir sekali 
terfikir di dalam kepala otak anda sebelum anda 
terlena? Dan, adakah teman setia anda itu menjadi 
insan pertama yang anda ingat pada setiap pagi 
anda bangun dari tidur?

5. Ada sebab kenapa hanya dirinya sahaja yang 
anda mahu kenal dengan lebih mendalam. Kata 
orang, itulah tanda-tanda awal anda sedang 
dilamun cinta. Orang yang sedang angau seperti 
anda, cukup takut dan risau sekali , kalau-kalau 
perbuatan dan perkataan anda akan menghiris 
hatinya. Kalau dulu anda anggap dia sebagai 
seorang teman, tetapi sejak getaran jiwa asyik 
melanda, layanan anda padanya dah naik taraf 
dari 'kawan-kawan je' ke 'teman-kekasih kot...', 
cukup istimewa! 

6. Dari pandangan mata anda, si dia dilihat cukup 
berbeza dari insan lain. Mungkin juga benar kata 
orang, bila hati dah sayang, bau ketiak hangit pun 
wangi...!

7. Bila mata dah rabun cinta, model iklan TV 
paling kacak/jelita lalu depan mata pun anda buat-
buat tak nampak. Bagi anda, pandangan mata 
anda hanya untuk memandang wajahnya yang 
sering buat jantung anda bergelora...

8. Setiap saat anda mesti nak kongsi bersama 
dengannya. Tiada perkara lain lagi yang mustahak 
selain dari berjumpa dengan si dia. Jantung 
berdebar-debar dan fikiran jadi tak keruan bila tak 
dapat bertemu dengannya. Sehari tak jumpa, rasa 
rindu menggila ibarat sepuluh tahun tak bersua! 
Saat ini, anda akan tertanya-tanya...adakah dia 
juga punya perasaan yang sama?

9. Tanda keramat yang terakhir. Petanda yang 
menunjukkan hati dan perasaan anda sudah 
terpaut padanya lebih dari sebagai seorang teman. 
Anda cukup bengang dan cemburu melihat dia 
berbual-bual mesra dengan sahabat baiknya yang 
sama orientasi seksualnya dengan anda! Jika dulu 
anda tak kisah, tapi hari ini ingin saja pulas telinga 
orang lain yang cuba menggoda si dia!

Masa untuk anda buat keputusan. Jadi, 
bersediakah anda beritahu pada si dia, anda kini 
dilamun cintanya...? Sudahkah anda fikir masak-
masak sebelum anda ucapkan kata keramat "Aku 
cinta kamu...?" 

Oh, sebelum anda buat kata putus. Cuba selidik 
perasaan sebenarnya terhadap anda. Bagaimana 
pula kalau dia selama ini menganggap diri anda 
hanya sebagai kawan baiknya sahaja? Haruskah 
anda beritahu pada dia, yang anda benar-benar 
cinta padanya dan merosakkan persahabatan 
anda berdua? Adakah anda akan terus berharap, 
agar satu hari esok dia akan berubah hati? Sudah 
bersedia untuk luahkan cinta padanya? 

Jawapan anda ialah...

Mungkin anda boleh gunakan talian hayat terakhir, 
iaitu bertanya pada hati kecil yang telah 
menerbitkan rasa cinta pada si dia.

Dan, jawapan muktamad anda ialah.... 

Ahhhhh...seksanya nak bercinta kali ni babe!

No comments:

Post a Comment