Saturday, 28 February 2009

Tips nak lawan kaum hantu...

Disini aku ingin berkongsi tips dengan 
kawan-kawan semua mengenai cara-cara 
mengawal hantu. Tips ini aku perolehi 
melalui sumber-sumber lisan dengan 
beberapa pihak yang boleh dipercayai. 
Walaubagaimanapun, tips ini adalah 
sebagai panduan sahaja. 

Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat 
pisang 
baru masak ni memang mudah cari 
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali 
pengikat di atas kepalanya 
dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia 
akan berasa malu rana dia tidak pakai apa 
apa pun, selain kain kapan pembungkusnya 
tu.

Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi 
beranikan diri anda tenung balik muka dia 
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk 
cermin muka kat dia,pasti dia tersipu-sipu 
malu.

Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak 
dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. 
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat 
dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar 
jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang 
saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak 
main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak 
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti 
lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. 
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah 
meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada 
disitu.

Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka 
saja,dan paling mudah untuk 
menewaskannya. 
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan 
telunjuk dan lihat gerak-gerinya 
mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Hantu Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi 
duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat 
duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik 
bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana 
nak tukar duit satu sen 
banyak2 tu


Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-
hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain 
asyik ponteng kerja ngan kelas jer, lepaih tu
nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-
sah tengah ponteng nie..macamana 
nak jawab..korang sendiri gak jadik 
hantu..jadi bawak-bawaklah buat 
kerja ... .. LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH 
TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA 
DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI 
SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA 
HANTU!!!!!!!!"

No comments:

Post a Comment